Telah
bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada
empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan
empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal
soleh, maka:
- Akal boleh hilang disebabkan marah
- Agama boleh hilang disebabkan dengki
- Malu boleh hilang disebabkan tamak
- Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia
akan menghadapi empat penarikan:
- Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
- Para ahli waris akan menarik hartanya
- Ulat akan menarik tubuhnya
- Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”
Dari
Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya
amalan yang paling sukar ada empat macam:
- Memberi maaf pada waktu marah
- Suka memberi pada waktu susah
- Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
- Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”
Dari
Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat
perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
- Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
- Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
- Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
- Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Pesan
Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah
titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa),
peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu.
Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu
memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.
Ketahuilah,
Seandainya
umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat
memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan
sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan suatu keburukan
tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Taala
telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar